Tuesday, January 29, 2013

Awet Muda Cara Islam :)


Assalamualaikum.. hi semua
Jom Awet muda cara Islam.. credited to http://mirlme.com/9-petua-awet-muda-cara-islam/

D just share again and again.. memang sebahagian dari apa yang D reshare ini D dah lama amalkan. just i think this is complete and details so lets beramal :D
Semua orang nak kekal cantik dan sihat….Kita sangat sangat bertuah dilahirkan sebagai seorang muslim, lahir di dalam Islam. dan sangat banyak petua berguna yang boleh diamalkan di dalam Islam.
Hmm... bukan kerana D seorang wanita so D sangat sangat teruja untuk awet muda tapi most petua D dapat dari Mak dan salah seorang guru agama di negeri kelahiran D.. guru agama tu lelaki.. n yet apa yang cikgu suruh D amalkan memang betul.. Cikgu dah berumur lewat 70an tapi masih nampak muda. salah satunya mulut cikgu tak berhenti berselawat..
Ok guys, sila baca amalan yang D collect and hope kita boleh amalkan mengikut kesesuaian kita.. yang baik kita panjang-panjangkan yea..
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. - D amalkan setiap kali sebelum amik wuduk, atau bangun selepas tidur... masa cuci muka tu :)

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat. ini kadang-kadang D buat.. :D
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Potong kuku memang D amalkan just potong rambut and tanam all kuku and rambut yang telah dipotong tu tak buat..alasan untuk rambut buat mana sempat hari yang D free.. ok now onward D berazam akan ubah tabiat. in sya Allah.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. - hahaha kekadang amalkan kekadang tak.. kena praktis balik ni :)
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian. hmm.. ada 111 ayat..

Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. ni boleh buat masa kat kg jek.. hahaha umah xde tanah ni...
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda. alahai cemburu kat Mak di kg.. ni semua boleh dapat senang-senang dr kg.. kat bando boleh juga tapi jarang jarang.. hahahah dah macam cerita P Ramlee lak :P
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer. - kat KL mana nak dapat even balik kg pun sama.. so kiranya mandi before orang lain mandi ni.. kira ok kot :)
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. 
Petua10. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. Ini memang D sangat amalkan... jaga perut jangan buncit hehehehehe :D. kadang-kadang sampai satu jam..
Petua11. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. 
Amalkan solat tahajud, Sentiasa tenang dan bersikap positif, Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah, Maafkan semua orang sebelum tidur.
Mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita… Sila klik
LIKE & Share…
Semoga bermanfaat kepada semua :) 
pilihla mana amalan yang sesuai untuk kegunaan anda anda anda di luar sana :)
Allah sayang anda.. n D juga.. cara modern pulak... heheheh jom minum Exfuze Seven+... yummy.. baik untuk seisi keluarga...

Jumpa lagi di lain entry :)
opss credited to Mr Google on pics and pic orkid adalah milik peribadi D
XOXO RM@D

No comments:

Post a Comment