Tuesday, March 25, 2014

MH370!!!!

Assalamualaikum.

Subhanallah mendengar pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia mengenai lokasi terakhir MH370 dan sah terhempas di Lautan Hindi, luluh hati ini (PWTC 1015pm 240314-17hari kejadian). Dapat  dirasakan perasaan kaum keluarga yang terlibat. Kesedihan meneriam berita duka ini menyebabkan meleleh juga air mata D.

Semoga Allah tempatkan mereka yang beragama Islam di kalangan terpilih, alfatihah. Bagi yang bukan beragama Islam semoga tenang dan takziah.


Isu #MH370 bermula semasa D di Berlin, #throwback #Berlin ketika ini D tinggal seorang di sana untuk menghabiskan tanggungjawab pekerjaan di Berlin untuk ITB, Berlin. 8 March 2014, jam 3 pagi waktu Berlin 1000pagi waktu Malaysia. Secara kebetulan telefon D terlupa untuk D letakkan di dalam nada senyap. Masya Allah bertalu-talu berbunyi dari pesanan peribadi, keluarga dan kumpulan chat. Berita diberikan dari semua kenalan pelbagai sudut. D terjaga dan membaca. Pada mulanya D beranggapan propa semata tapi apabila pesanan dari salah seorang ahli keluarga membuatkan D tidak mampu lena.

Kerja yang D lakukan di Berlin berkaitan dengan (Visit Malaysia Year 2014) VMY14, kami kontraktor yang mengendalikan pameran Kementerian Pelancongan di dalam Pameran International Travel Berlin, pameran terbesar mengenai perlancongan di Eropah bagi tahun 2014.

Akibatnya, kaunter MAS di dalam pondok pameran tutup terus walaupun sebelum ini sangat laris preview mereka mengenai sate di dalam Business Class. Memang mengikut jadual 8-9 March kaunter tidak melakukan preview makanan hanya krew yang terlibat sahaja akan berada di dalam tapak pameran. Tetapi pada 8 March suasana sangat sugul, semua mencari berita terkini untuk diketahui. hampa dari masa ke masa. Setiap persoalan berkaitan dengan MH370 hanya mampu dijawab dengan senyuman. Berat tugasan ini. hinggakan pekerja kedai juga bertanyakan soalan yang sama kepada D. kerana D adalah rakyat Malaysia. Jawapan D hanyalah saya masih berharap mereka selamat pada ketika itu.

Pelbagai spekulasi keluar, dari bukan bijak pandai yang mengaku pandai, dari bukan arif mengaku arif di dalam aero dinamik, malahan isu ini digarap halus samada para politikus, orang perseorangan yang memiliki kepentingan atau tidak atau omongan kosong masyarakat, peneraju negara malahan dunia.  Spekulasi ini meruntun jiwa mereka yang terlibat namun ramai tidak sedar. Masya Allah, sehingga setelah 17 hari PM memberi kepastian.

#throwback menaiki kapal terbang QR785 Berlin Doha, sungguh bukan tidak biasa namun secara tidak disangka D cemas semasa duduk menunggu keberangkatan kapal terbang. Ayat menaiki kenderaan memang diajar di dalam pesawat, D mengucap dan yang D katakan pada diri D ialah Allah ada Dia lindungi aku. Pada masa ini sungguh D hanya rindukan Emak dan keluarga D. Mereka tidak putus bertanya keadaan D. Kali terakhir sebelum berlepas terbang panggilan menyatukan D dan Emak tercinta. D katakan D akan pulang, D minta beliau mendoakan D agar selamat. Mereka beranggapan D pulang bersama rakan pejabat sehinggalah D mengatakan D pulang sendirian. Terkejut Along, D katakan sudah biasa tak ada yang perlu dirisaukan.  Namun naluri seorang Emak, Dia tetap risau akan keselamatan anaknya.

Serius, setiap kali gegaran pabila pesawat melanggar awan D akan cemas. Astarfirullah, tapi sungguh erti hidup ini terasa pabila kita benar-benar menikmatinya pemberian dari Allah dikuatkan lagi dengan berita ini membuatkan D lebih peka. Syukur ya Allah.



Jumpa lagi;)
RMD@D


No comments:

Post a Comment