Friday, June 12, 2015

BULAN merah

Assalamualaikum.

[Sharing dari hati ISRAEL yang saya jumpa]

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2005. 
D bekerja di dalam industri pameran yang terlibat dengan pameran pertahanan dan udara. Travel adalah lumrah hidup kami. Bukan travel yang ingin D kongsikan namun  sesungguhnya D ingin kongsikan RASA WASANGKA SANG ISRAEL kepada umat Islam bermaharajalela di mana-mana sahaja.

Sepanjang penglibatan D di dalam pameran acapkali akan terjumpa stand ISRAEL yang akan mengambil bahagian di dalam pameran terutamanya pameran pertahanan dan udara sebenarnya perlancongan juga. Peristiwa ini berlaku semasa D di Bangalore, spesifiknya ialah  Bangalore, India Yelahanka Air Force Station. Stand Russia yang diselenggarakan berdekatan dengan stand ISRAEL. jadual pembinaan kami berlangsung awal ya kami minta early move in daripada organiser untuk pembinaan Pavilion Russia. Sememangnya tiada masalah memohon untuk melakukan pemasangan awal dengan syarat mendapat hitam putih persetujuan, maka memang sebulan lebih D berkampung di sana.

Semasa pemasangan dijalankan sebagai pengurus projek pastinya D tidak akan duduk diam. membuat pemerhatian, memastikan segala yang dirancang mengikut perancangan. 

Apa yang ingin D sampaikan ialah, semasa pembinaan stand dijalankan kami bebas berjalan ke mana sahaja sehingga D yang memang suka meninjau keadaan stand jiran yang lain melihat material  serta teknik terkini yang digunapakai bagi menambah baik proses kerja D di masa akan datang telah membawa D ke stand ISRAEL. 

Pandangan pertama yang D dapat dari para kontraktor stand Israel ialah 
1. RENUNGAN HAIRAN.
2. MEREKA BERCAKAP SESAMA SENDIRI SAMBIL MELIHAT D, pada masa itu D memang buat tidak faham dan hanya senyum. Ada yang senyum kembali dan ada yang buat tak nampak.

Ya pada masa itu baru habis belajar dan ini adalah pekerjaan pertama D maka memang sangat innocent !!

Keadaan ini berlangsung sehingga hari sebenar pameran.

Yang paling D tidak boleh lupakan pada hari sebenar pameran, setiap kali D berjalan di hadapan stand ISRAEL, akan ada 2 lelaki yang sama memerhatikan D apabila D berlegar-legar sekitar stand mereka. Setiap mereka memang berada di penjuru stand. Wah sungguh hebat cara mereka menjaga stand mereka. itu pandangan D, namun sebenar mereka ialah bodyguard stand siap dengan hidden walky talkie. yang pasti D pernah diekori. Semuanya jelas apabila D menyuarakan persoalan ini kepada senior D. alkisah hanya kerana D memakai hijab. Memang sangat rare untuk melihat wanita muslim pada masa itu. D diperhatikan sehingga hari kedua pameran masuk hari ketiga tak ada sudah atau D berprasasngka.

Apa yang D boleh simpulkan ialah, D bukan seorang Palestin namun D muslim. Muslim itu musuh mereka. Muslim bertudung!!

Terungkainya persoalan ini, seorang teman sekerja D berbual dengan salah seorang kontractor Israel, beliau seorang Cina India. Beliau menanyakan mengapa mereka berkelakuan begitu, jawapan lalaki Israel itu, demi menjaga keturunan, pendidikan dan kemajuan teknologi mereka dari bangsa lain. Ikatan menjaga sesama Israel memang sangat kuat antara satu sama lain. Mengapa tidak suka dengan orang Muslim, katanya tidak semua Israel begitu namun datuk nenek telah mengatakan perlu menjaga apa yang diturunkan dari orang lain terutama muslim. Namun ini cerita 10 tahun lalu. Yang pasti mereka mengkaji Al Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al Quran cuma mereka tidak mengiyakan kehadiran Nabi Muhammed SAW junjungan kita.

Keadaan yang sama berlaku hampir semua tempat yang ada stand Israel jika D kepoh-kepoh memerhati stand mereka. pandangan sinis yang D terima:) Agaknya kalau D di bumi gaza dah kena bom D, namun D di bumi lain :) maka ia tetap terjadi sehingga kini.. In sya Allah D akan kongsikan pengalaman bekerja di negara lain di lain lembaran.

Sampai di sini, salam sayang. Alfatihah makanan jiwa kita. aameen.



RMD, Rosediana Mohammed




1 comment:

  1. Casino Site review: Get up to $500 in free money in 2021
    When the best online casinos online will offer you, we have it. No matter what the bonus, you will also get instant deposits and withdrawals luckyclub from these

    ReplyDelete