Wednesday, March 26, 2014

IKAT DIRI!!!

#Believe #Islam #Syukur

Assalamualaikum. Perkongsian dari saya si cilik kepada anda yang berhati besar.

Saya percaya, kita semua memiliki cara tersendiri menangani stress. oh apa tuh.. abaikan D. Yea STRESS!!



Perkongsian ini D lakukan demi mengajak anda semua cuci kolam kita yang dok berkarat dengan negatif perspektif, iri hati, sombong, dan semua yang tak elok la.

Kebergantungan terhadap Allah sangat SUPERB. Musim sibuk aka peak season memang menguji tahap kesabaran, kewarasan dan kecekalan.


D selalu kata Allah sayang kita dan dia akan uji kita mengikut kemampuan kita :) yea ini adalah ujian Allah, dia beri segala ujian dan ia adalah cara dia mahu lihat kita dekat atau menjauh dengan diriNya. Sungguh D ingin kongsi bukan untuk berlagak atau apa sahajalah yang ada di kotak fikiran nakal. Tetapi D sungguh-sungguh ingin anda di luar sana JOM DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH. Dia tidak rugi tetapi kita yang rugi jika kita menjauh dariNya.

D bukan pakar psikologi bukan juga PHD kajian STRESS tapi D kenal pasti semua ini menerusi kehidupan harian D. D suka mengomel jika D stress mumbling seorang diri. yang mana salah satu cara D lepaskan tekanan. Sampai akan ada yang tegur D kalau di ofis jika D bercakap sendirian.

Cara lain, menulis. blog, karangan ke, melukis ke atau D akan keluarkan semula apa yang D rasa di dalam Tab atau kertas atau note di dalam phone. tulis sahaja tanpa fikir. sambil menikmati secawan coffee atau milo panas atau hot chocolate :) (ini selalu D buat selepas waktu pejabat, kalau waktu pejabat D selalu akan ambil oksigen jalan-jalan turun naik tangga di office dan mengganggu rakan pejabat seketika, take five katanya). Kala masa itu D akan lepakkan atau rehatkan semua anggota badan, sungguh memang terasa berat bebanan di kepala menyusut. selang selikan zikir kepada Allah. cuba buat anda semua. sangat terbukti untuk diri D in sya Allah anda juga. Lebih-lebih lagi bila kita memahami maksud zikir ini. Subhanallah, Astarfirullah, Ya Allah, Alhamdulillah.

Berblog atau menggunakan internet semasa take 5 sangat berguna, melihat kata-kata semangat, permandangan indah, tumbuhan dan mendengar lagu berentak laju mampu meningkatkan mood positif kita so lari lintang pukang stress itu. err tak semua apply method D ini :)

Seterusnya, panggilan keramat kepada Emak, Along dan kak Idah. Ini adalah tiang kekuatan D. Mendengar suara Emak turun tahap stress, lebih-lebih lagi bila berjumpa. STRESS FREE :). D akan minta Emak mendoakan D semoga lancar urusan kerja dan harian. Jika dahulu berlagak kini itu yang D suka minta dari Emak. Kita semua tahu memang doa keramat ini sangatlah MENAKJUBKAN!! Maka D ambil peluang ini. Nilai kendiri meningkat yea, bukan kona-kona. selalulah buat panggilan cinta kepada mereka. tapi sungguh kadang kala D terlepas juga untuk membuat panggilan, D ganti semula cuba berusaha.

Sesungguhnya STRESS, kita yang mengawalnya dengan izin Allah, maka terus terang D katakan kembali kepada Allah, itu yang D lakukan. Setiap kali D rasa sangat berat tekanan yang diterima D akan cepat-cepat ambil wuduk dan setiap bait D akan berdoa kepada Allah agar bebanan semakin susut dan dengan izinNya D mampu menyusuri segala yang Allah bagi (ps saya bukan yang sempurna tetapi saya ingin menjadi yang baik). D akan solat dan menyambung sebarang tugasan D. Subhanallah sangat menakjubkan. D lebih mampu kawal, lebih mampu hadapi dan lebih tenang walau kadang kala kelam kabut tetapi tidak seperti dahulu. D akan bercakap apa yang D rasa, D nak kepada Allah. Kuasa Dia yang memberi D tidak fikir layak atau tidak untuk D menjadi penerima. D selalu katakan D sangat layak menerima yang terbaik untuk D kerana itu Allah cipta D, menjadi salah seorang khalifahNya. Kadang kala D hanya mengambil wuduk dan duduk berdiam seketika sambil mengawal cara bernafas, teknik di dalam IMKK.

Allah ada untuk saya. Syukuri nikmatNya. PerancanganNya memang sangat istimewa. Terima kasih kepada buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Subhanallah rezeki yang sangat ajaib dari Allah.

Jumpa lagi. Ambil mana yang elok yang tak elok itu dari diri D dan yang elok itu dari Allah :)
RMD@D

No comments:

Post a Comment