Sunday, October 6, 2013

Ultraman FIRE RAKSASA!!!!

Assalamulaikum semua.

Harapnya semua semakin sihat dengan rahmat Allah.

Minggu ini D sibuk dengan persiapan untuk masuk hall bagi LabAsia pada hari Ahad ini 6/10/13, dan client D Agilent bukan banyak songeh tapi perfection. Ya ayat itu sangat benar. Mungkin kerana mereka di Singapura hehe yang rata-rata dari kita mengetahui mereka sememangnya KIASU.. wah bukan kutuk kekiasuan mereka membuatkan kita akan lebih berhati-hati berurusan agar mutu perkhidmatan kita juga tip top :) Walau pun bermula dengan pitch job berbulan namun itu kepuasan D kerana saya talented, anugerah dari Allah.

Sebenarnya D bukannya ingin berkongsi mengenai pekerjaan D lebih-lebih tapi D masih ingat janji D yang ingin berkongsi sambungan seminar IJI dari DAO. Ya Allah ampun memang tak berkesempatan tapi bila baca blog, perkongsian DAO, Jerry, FizoOmar & rakan lain di fb & blog wah mana boleh jadi ni. Harus laju-laju kongsi ilmu..

"Anda Jutawan Industri"
"Saya Jutawan Industri"



Masih teriyang dan masih terasa bahangnya. Wah ayat bukan membodek tapi kenyataan. Kalau dulu malu-malu atau simpan-simpan keberanian nak cakap, sekarang ADA AKU KESAH!!!..

FIKIR>SEBUT>RASA semua itu DOA.. Power of DOA!!!!

FIKIR>SEBUT>RASA>TINDAKAN adalah magnet kejayaan.

Oleh itu kita perlu POSITIFkan diri, berada di ruang positif, bersama mereka yang positif yang penting mohon dari Allah sebanyak mana kita inginkan, hantar doa yang baik-baik itu. :)

Apabila kita mengecapi KEJAYAAN  kita adakah kita sudah mencapai MATLAMAT kita? Adakah sudah puas dengan Kejayaan KEBEBASAN MASA kita? Adakah kita sudah puas dengan Kejayaan KEWANGAN kita? Kejayaan KESIHATAN? Kejayaan SEDEKAH @ SUMBANGAN @ Kejayaan PERKONGSIAN kita? Kejayaan KOMUNIKASI @ PERHUBUNGAN YANG BAGUS terhadap keluarga atau mereka yang berada di sekeliling kita? Adakah kita sudah mencapai kejayaan JIWA/HATI  kita? Adakah kita benar-benar mencapai kejayaan KEWANGAN kita begitu juga dengan kejayaan PEKERJAAN kita? Anda semua, sebenarnya ini adalah 7 cara untuk  mencapai matlamat kita menjadi jutawan industri. Adakah ia angan-angan kosong. Pada diri D ia sebenarnya realiti yang benar. Bukan cerita angan-angan Mat Jenin. Realiti yang perlu difikirkan, law of attraction, law of belief.

Kejayaan MASA, adakah kita sudah mempunyai kejayaan masa beribadat? memperuntukkan masa bersama keluarga tercinta? Masa untuk melakukan apa yang kita suka? Wah mungkin anda akan mengatakan bahawa cukup sudah bersederhana, namun D ingin sampaikan di sini bahawa kejayaan yang kita kecapi nikmat Allah ini jika ia benar-benar berjalan lancar tidakkah ia membawa nilai pembangunan masyarakat, negara? Kejayaan masa beribadat sangat-sangat mudah jika kita selalu ingat kepadaNya, menerusi zikirullah, berapa ramai yang apabila bangun dari tidur mengucapkan Alhamdulillah dan sangat bersyukur dihidupkan semula? Ini terjadi kerana kita tidak sedar kekuasaan Allah, ayat lazim sudah biasa, rutin harian atau buat-buat tak tahu. Selepas tidur akan bangun, namun itu semua adalah kuasa Allah. Kita mati semasa sedang tidur anda sedar takkkkk??? atau malas nak sedar! Kata-kata ini khas untuk diri D, menyedarkan diri D.

Bagaimana pula setelah kita berjaya adakah kita mendapat KEPUASAN JIWA/HATI??? adakah kita benar-benar puas dengan pencapaian kita? kepuasan hati atau jiwa ini sangat abstrak, kita tanya kepada diri kita adakah semua yang kita lakukan ini telah memuaskan kehendak diri. Tepuk dada tanya iman. Benarkah apa yang kita lakukan memberi manfaat? Manfaat bukan pada diri tapi kepada persekitaran kita sekecil zarah sehingga sebesar zarah. Yang pasti JIWA kita terisi atau tidak dengan bacaan al Quran dan zikirullah. Pesanan DAO yang asyik diulang sebut istifar.

Bagaimana dengan tahap kesihatan kita? Benarkah kita puas? Atau ia masih suam-suam kuku. Nampaknya kita harus menilik, menilai dan mengkaji dengan serius. Benarkah kita telah mencapai kepuasan kesihatan. Bila difikir kembali jauh lagi kepuasan itu. Kesihatan kita adakah luaran sahaja. Yea terlalu abstrak Dr, pening kepala..hehehe kesihatan jiwa, nurani, fizikal, emosi SIHAT KAH KITA?

Bagaimana pula kejayaan perhubungan kita? Oh lupa hubungan kita kepada keluarga, masyarakat, persekitaran yang utama hubungan dengan Allah/tuhan kita bagi yang bukan Islam. Berapa ramai yang diuji dengan Kekayaan dan hubungan? Sila fikirkan sejenak. Adakah kita semakin berjaya semakin riak? atau semakin menunduk seperti padi di bendang? Jauh imaginasi D namun itu yang saya nampak apabila DAO memberikan kata-kata penunjuk. seperti light after the tunnel.

Kejayaan di dalam kerjaya atau pekerjaan, adakah benar kita melakukan pekerjaan yang berlandaskan agama yang kita anuti? Tanpa menipu.. tanpa memesongkan dokumen-dokumen. Ya Allah meluas matlamat ini. sudah berjaya atau akan berjaya kah kita? Apa yang kita kehendaki di dalam pekerjaan kita perlu fokus. Fokus menentukan peratusan kejayaan.

Bagaimana dengan kejayaan kewangan kita? Berapa nilai yang kita ingini, kenapa kita inginkan nilai tersebut? sejelas penerangan perlu diberikan kepada diri tiada wujud ujub dan takabur apabila kita mengecapi matlamat kewangan kita. Ini kerana jumlah yang dapat besar atau kecil bakal dikeluarkan kembali. Ia dikeluarkan kembali bagi tujuan kejayaan perkongsian atau sedekah. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. SEDEKAH kunci kekayaan.

Kejayaan perkongsian kita sangat meluas, kongsi ilmu, duit, kesihatan, kasih sayang, tiada istilah penting diri. Yang pasti kongsi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Indahnya hidup ini, bila kita saling memberi manfaat sesama sendiri.

7 matlamat telah diketahui tinggal dilaksanakan, bukan hanya untuk menjadi jutawan industri semata-mata namun untuk kita meneruskan kelangsungan hidup. kita hidup bermoral, beradab, berilmu, berpanduan dan hidup berprinsip.

Sungguh mendalam jika dikaji dan difikir secara intipati.

Jumpa lagi, berbaki 2 1/2 hari IJI seminar :)

RM@D

No comments:

Post a Comment