Saturday, October 5, 2013

OTAI KANTOI tajuk sahaja!!

Assalamualaikum.

Sebelum saya sertai IJI, ada yang mengatakan DAO menipu & macam2. Saya pekakkan telinga kerana saya beritahu diri saya, saya ingin menuntut ilmu. Saya katakan pada diri saya siapa dia apa dia tak penting. Yang penting dia telah membawa fenomena baru kepada usahawan bumiputera untuk bangkit bangun. Nilai positif di situ yang saya nampak. Pada saya walau pencuci tandas sekali pun seseorang itu namun sebaris nasihat yang diberikan dia tetap saya anggap guru. Inikan pula DAO. Isu hangat yang popular sekarang mengenai isu DAO kantoi http://www.jomgelakfm.my/2013/10/dr-azizan-osman-kantoi-menipuambil.html?showComment=1380682898920..

saya tak ambil peduli pada mulanya tapi bila buka FB adoi makin ramai yang kongsi, namun Alhamdulillah mereka yang positif lebih ramai dari yang negatif. dan yang negatif itu hanya di situ sahaja. tidak ke mana :)


Melihat akan gambar DAO mengalirkan air mata walau gambar ini tahun 2012 buat saya bertanya pada diri; inikah balasan kepada seorang guru yang mencurahkan ilmu kepada kamu? Mungkin saya tidak terasa keperitan fitnah raputasi ini tapi tempias ia terkena juga. Guru saya seorang yang dimuliakan. beliau berjaya membina empayar dan melahirkan bilangan usahawan Melayu dan bukan Melayu yang berjaya huru harakan perniagaan mereka. Fikirkan sejenak kebaikan moral dan rohaniah yang disampaikan beliau. Mengajar erti mengenal diri, Allah/ketuhanan dan yakin diri.

Setiap pengurusan ada cabang khidmat pelanggan, walau isu ini sudah selesai namun di luar sana mungkin ramai yang tidak tahu kesudahan isu ini. Namun saya percaya kuasa Allah tiada yang mustahil. Cik Rohaniah Noor mesti sekarang sudah memulakan perancangan untuk menghuru-harakan perniagaan beliau. Ada kebaikannya di sini, Allah menunjukkan betapa komitednya kumpulan Richworks terhadap janji yang dilafazkan seperti DAO katakan di dalam IJI seminar khas 2013 bahawa TANGGUNGJAWAB BELIAU BERAT untuk memastikan kami para peserta faham dan dapat apa yang kami harapkan.

Janji Allah itu pasti dan sangat istimewa.

Terima kasih DAO.

#RM@D




No comments:

Post a Comment