Wednesday, October 30, 2013

BUDGETTTTTTTTTT 2014!!!

Assalamualaikum.

Wah tajuk D kali ini memang menyengatlah..

Budget 2014.. Yea ramai merungut kenaikan harga barangan dan makanan yang berada di sekeliling kita. Apa kata kita ubah cara kita terlebih dahulu. Ingat orang yang menuding jari satu ke hadapan empat jari pulang kepada diri sendiri. So apa kata kita fikir bagaimana untuk memberi manfaat dari hanya menunggu manfaat dari orang lain. D tidak ambil hati jika ada yang kata D bajet baik, kerana D memang baik..hehehe

D tidak akan bercerita mengenai bajet kerana kita perlu bersyukur, perasaan yang lahir dari hati dan minda. bukan syukur dengan ucapan semata..:)

Sebenarnya D ingin kongsikan tabiat baik D yang memang tak suka makan di luar kecuali terpaksa atau ada temujanji atau tak sempat bawa bekalan makanan atau kerja luar atau hari hargai diri atau ada jamuan. Sebolehnya D elakkan untuk makan di luar.

Bekalan makanan sendiri?

Own food :)

yea masih tidak ramai yang membawa bekalan makanan mereka sendiri, pelbagai alasan D dengar. Itu alasan memang tidak akan ke mana-mana :). Ia adalah pilihan. Tiada salah dan tiada betul.

Ada orang menyifatkan ia berbentuk penjimatan dengan keadaan ekonomi yang menggugat kos sara diri kita kini. D setuju ia salah satu cara penjimatan kewangan kita terutama yang masih bekerja atau pelajar. Tapi bagi diri D penjimatan ini sangat subjektif bukan kewangan semata-mata tetapi lebih kepada, kecerdikan meningkatkan kebahagiaan diri,hidup gembira jiwa tenang..

Secara jujur bagi diri D, D amalkan memasak sendiri bekalan makanan D untuk dibawa ke tempat kerja kerana;

Saya rasa sangat selamat dengan masakan dan bekalan saya :).. D mula bawa bekal semenjak di sekolah menengah/agama. Walaupun berlaukkan ikan bilis goreng tepung atau telur mata kerbau bersama kicap.. ia tetap lazat kerana ia masakan EMAK tercinta saya. Itu berkat kan.. kasih sayang Emak walau masa itu D rasa biasa-biasa, tapi syukur yea. Emak buat itu untuk saya. :)

Rasa selamat yang D maksudkan ialah; Cara penyediaan makanan. Kita sangat pasti kita yang memilih bahan makanan yang akan kita masak bermula dari pemilihan bahan, penyediaan dan pembungkusan makanan kita. So cop HALAL JAKIM automatik sudah ada.. ;) Bukan makanan di luar tidak halal, apa yang D maksudkan di sini ialah HALAL yang tanpa was-was. hehehe makanan akan menjadi darah daging untuk beribadat. Harap faham-faham dengan maksud D yea.

Semasa penyediaan makanan kita membaca bismillah, zikir dan ayat Qursi. Selalunya D akan baca Bismillah, Ya Latif 12x, Ya Wadu 12 dan ayat Qursi sambil buat kerja, menggaul ke, mengacau ke. Macam Chef Amar di Al Hijrah tu. 


Kita berdoa agar masakan kita ini sedap walau tidak seberapa. Melakukan dengan ikhlas, senyum in sya Allah hasilnya makanan yang sangat sedap. Ini pesanan Emak, Kak Idah, Long dan ahli keluarga sebab itu masakan mereka sedappp sehingga menjilat jari.. :)

Selamat yang seterusnya ialah, kita sendiri mengawal penyediaan makanan kita untuk sihat. Ya rata-rata dari generasi kini telah celik mengenai kesihatan. Kita yang mengawal samada lebih kepada makanan bergoreng, stim, lemak, pedas, berprotein tinggi atau sebaliknya :). So di dalam situasi ini kita mengawal diet seimbang kita. Secara tidak langsung kita bakal sihat dan bertambah sihat. Kepelbagaian menu pilihan di tangan kita. Ya di kedai makanan juga boleh memperolehi pelbagai pilihan namun kita sedia maklum ia kurang sihat :). 


Selamat yang berikutnya; ikatan kasih sayang pada diri terserlah apabila setiap hari kita hadiahkan keistimewaan memberi makanan jiwa, zahir dan batin. Kita tidak takut disantau, atau menerima keracunan makanan. Kita menghargai diri kita dengan menjaga secara terus corak pemakanan kita. Kerana diri kita begitu berharga. Kasih sayang ini terlahir menerusi setiap rasa masakan kita.

Selamat yang terakhir ialah, Allah berkati bekalan saya dengan hasil usaha saya.. hehehe begitu juga dengan anda. malahan rezeki itu nampak sikit tapi mencukupi untuk mengalas perut kita :)..dan yang pasti kenyang :)..

Oleh itu saya sangat menyokong mereka yang membawa bekal mereka untuk pergi ke kelas, kerja dan mana-mana. Nilmat dia hanya diri sahaja yang faham :)

Sekian untuk kali ini.
XOXO RM@D



No comments:

Post a Comment