Tuesday, October 1, 2013

MACAM BAGUS SAHAJA!!!!

Assalamualaikum.

Apa khabar semua pembaca blog yang saya sayangi. Ya Deana ingin berkongsi pengalaman yang bisa membuat semua orang terkesima.

IJI atau Insentif Jutawan Industri dari Dr Azizan Osman (DAO) dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd.. Siapa yang tidak kenal akan beliau, Mentor Pemasaran, Pengiklanan dan Jualan. IJI Edisi Khas 2013 suatu pengalaman ilmu kehidupan seorang manusia di dalam mengejar cita-cita menjadi Jutawan Industri yang sangat berbeza. KAYA BERJAYA DUNIA AKHIRAT.


Di sini saya sebagai insan kerdil yang lemah bersyukur Allah gerakkan hati dan semangat saya untuk menyertai seminar beliau. Jika sebelum ini kekangan oleh sebab kerja, bekerja luar kawasan namun tindakan nekad meletakkan sebentar kerja harian yang sentiasa tiada kesudahannya untuk hadir ke seminar beliau.walau apabila telefon dihidupkan bertalu sms dan whatsapp masuk bertanya mengenai kerja. Itu tanggungjawab wajib perlu dilakukan. Alhamdulillah SAYA BOLEH.


Seminar bermula JUMAAT 27 September 2013 sehingga 29 September 2013 bagi pakej, Ganeral, VIP, Diamond manakala pakej Super Supreme bakal tamat pada 30 September. Rata-rata yang hadir dari pelbagai golongan dan kami tiada strata yang memisahkan. Kami sama sahaja seperti kami di mata Allah. Himpunan 4300 peserta yang berjiwa kental semua memiliki tujuan untuk memajukan diri di dalam KEPAKARAN masing-masing untuk menjadi JUTAWAN INDUSTRI.


Mungkin kali ini tulisan saya agak serius namun tidak dapat menandingi keseriusan SEMANGAT DAO untuk membantu anak bangsanya agar terus dan terus berjaya.


Setiap APA YANG DIFIKIRKAN, setiap KATA YANG diucapkan, setiap RASA yang dirasakan membawa kepada setiap TINDAKAN. Semua itu perlu positif. BARULAH kita BERJAYA., Suatu yang disampaikan oleh beliau dan diulang beberapa kali. IA ADALAH DOA :)


T

 Thinking (Pemikiran) yang terhasil menerusi ilmu, idea, pengalaman.

F

 Feeling akan menghasilkan PASSION dan KUASA

C

Communication

A

Action


Kesemua di atas bakal menghasilkan RESULT YANG BERJAYA


DAO menegaskan kepada setiap peserta agar menetapkan MATLAMAT untuk menjadi jutawan industri menerusi 3 elemen yang perlu difahami dengan jelas. 


Ini berlaku kerana rata-rata dari kita tidak jelas mengapa dan kenapa kita perlu menjalankan perniagaan dan menjadi kaya(nampak macam pelik namun lebih pelik jika kita tidak memiliki impian).

KENAPA INGIN BERBUSINESS DAN MENJADI KAYA?

Gaya hidup;

Gaya hidup menerusi pelbagai yang perlu kita lihat. Inginkan masa dengan keluarga? Rumah besar? Kereta mewah? atau mahu BERIBADAT dengan tenang, menuntut ilmu dengan mudah. Kita perlu jelas hala tuju yang ingin kita penuhi. Spesifik secara tepat. Agar kita mampu menuju ke arah yang kita inginkan. Redha Allah sangat penting. Kepada yang bukan muslim redha tuhan anda sangat penting :)






KeWANGan


Kita perlu perjelaskan amaun yang ingin kita capai di dalam jangka masa yang ditetapkan. adakah ia releven atau hanya setakat angan-angan kosong. Ya Allah untuk ini secara terus terang saya gugup untuk katakan kerana secara jujur makan gaji dan jumlah yang ingin digambarkan perlu RELEVEN, berapa kali ganda kamu mahu. Ayat terbaik DAO KERJA untuk DUIT :) Adakah berlaku kebocoran kewangan sekiranya kita sedang menjalankan perniagaan? Kita perlu awasi.


PASSION



Ia penting di dalam meneruskan keinginan untuk menjadi seorang jutawan industri yang berjaya. Kesungguhan, minat, melakukan apa yang diminati untuk menjana kewangan yang sempurna. Ia akan menunjukkan melangsungkan kehidupan. Melakukan apa yang sangat dicintai. Rela, redha sebagai arah kejayaan.



untuk ini D perlu tamatkan seketika perkongsian. D akan sambung bahagian yang seterusnya diperkongsian akan datang :) wahh ilmu DAO sangat banyak. Ini baru suku hari perkongsian, SABAR in sya Allah D akan kongsi seterusnya 7 elemen untuk mencapai matlamat setelah menjadi jutawan industri.. ini mengikut kefahaman D, D harap anda semua memahami apa yang D sampaikan. Semoga berguna, di dalam kelangsungan kehidupan kita. D sayang anda. DAO kalau salah mohon maaf. 

p/s: Sayangi Allah sedalamnya kerana Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat.
xoxo RM@D

No comments:

Post a Comment