Showing posts with label Travelogue. Show all posts
Showing posts with label Travelogue. Show all posts

Friday, June 12, 2015

BULAN merah

Assalamualaikum.

[Sharing dari hati ISRAEL yang saya jumpa]

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2005. 
D bekerja di dalam industri pameran yang terlibat dengan pameran pertahanan dan udara. Travel adalah lumrah hidup kami. Bukan travel yang ingin D kongsikan namun  sesungguhnya D ingin kongsikan RASA WASANGKA SANG ISRAEL kepada umat Islam bermaharajalela di mana-mana sahaja.

Sepanjang penglibatan D di dalam pameran acapkali akan terjumpa stand ISRAEL yang akan mengambil bahagian di dalam pameran terutamanya pameran pertahanan dan udara sebenarnya perlancongan juga. Peristiwa ini berlaku semasa D di Bangalore, spesifiknya ialah  Bangalore, India Yelahanka Air Force Station. Stand Russia yang diselenggarakan berdekatan dengan stand ISRAEL. jadual pembinaan kami berlangsung awal ya kami minta early move in daripada organiser untuk pembinaan Pavilion Russia. Sememangnya tiada masalah memohon untuk melakukan pemasangan awal dengan syarat mendapat hitam putih persetujuan, maka memang sebulan lebih D berkampung di sana.

Semasa pemasangan dijalankan sebagai pengurus projek pastinya D tidak akan duduk diam. membuat pemerhatian, memastikan segala yang dirancang mengikut perancangan. 

Apa yang ingin D sampaikan ialah, semasa pembinaan stand dijalankan kami bebas berjalan ke mana sahaja sehingga D yang memang suka meninjau keadaan stand jiran yang lain melihat material  serta teknik terkini yang digunapakai bagi menambah baik proses kerja D di masa akan datang telah membawa D ke stand ISRAEL. 

Pandangan pertama yang D dapat dari para kontraktor stand Israel ialah 
1. RENUNGAN HAIRAN.
2. MEREKA BERCAKAP SESAMA SENDIRI SAMBIL MELIHAT D, pada masa itu D memang buat tidak faham dan hanya senyum. Ada yang senyum kembali dan ada yang buat tak nampak.

Ya pada masa itu baru habis belajar dan ini adalah pekerjaan pertama D maka memang sangat innocent !!

Keadaan ini berlangsung sehingga hari sebenar pameran.

Yang paling D tidak boleh lupakan pada hari sebenar pameran, setiap kali D berjalan di hadapan stand ISRAEL, akan ada 2 lelaki yang sama memerhatikan D apabila D berlegar-legar sekitar stand mereka. Setiap mereka memang berada di penjuru stand. Wah sungguh hebat cara mereka menjaga stand mereka. itu pandangan D, namun sebenar mereka ialah bodyguard stand siap dengan hidden walky talkie. yang pasti D pernah diekori. Semuanya jelas apabila D menyuarakan persoalan ini kepada senior D. alkisah hanya kerana D memakai hijab. Memang sangat rare untuk melihat wanita muslim pada masa itu. D diperhatikan sehingga hari kedua pameran masuk hari ketiga tak ada sudah atau D berprasasngka.

Apa yang D boleh simpulkan ialah, D bukan seorang Palestin namun D muslim. Muslim itu musuh mereka. Muslim bertudung!!

Terungkainya persoalan ini, seorang teman sekerja D berbual dengan salah seorang kontractor Israel, beliau seorang Cina India. Beliau menanyakan mengapa mereka berkelakuan begitu, jawapan lalaki Israel itu, demi menjaga keturunan, pendidikan dan kemajuan teknologi mereka dari bangsa lain. Ikatan menjaga sesama Israel memang sangat kuat antara satu sama lain. Mengapa tidak suka dengan orang Muslim, katanya tidak semua Israel begitu namun datuk nenek telah mengatakan perlu menjaga apa yang diturunkan dari orang lain terutama muslim. Namun ini cerita 10 tahun lalu. Yang pasti mereka mengkaji Al Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al Quran cuma mereka tidak mengiyakan kehadiran Nabi Muhammed SAW junjungan kita.

Keadaan yang sama berlaku hampir semua tempat yang ada stand Israel jika D kepoh-kepoh memerhati stand mereka. pandangan sinis yang D terima:) Agaknya kalau D di bumi gaza dah kena bom D, namun D di bumi lain :) maka ia tetap terjadi sehingga kini.. In sya Allah D akan kongsikan pengalaman bekerja di negara lain di lain lembaran.

Sampai di sini, salam sayang. Alfatihah makanan jiwa kita. aameen.



RMD, Rosediana Mohammed




Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN INI

Assalamualaikum.

Lama D tidak menulis menukil rasa belahan jiwa:)

Apa khabar? Selamat datang Ramadhan yg mulia dan Allah lebih mulia.

Syukur masih diberikan peluang untuk Ramadhan tahun ini.

Journal diri D in sya Allah akan bersiaran lagi.

Ya Allah ampunkan kami, golongkan kami di dalam golongan yang Engkau berkati kasihi dan limpahi dengan rahmat hidayat kasih sayang pahala Ramadhan. Berikan kami peluang dan ruang menambah baik tingkat kehidupan kami menjadi khalifah mukmin mukminah Mu.

salam Ramadhan
RM@D

Sunday, March 23, 2014

mati kerana makan

Assalamualaikum.
Hi semua :)

Banderbug gate, view siang #RMD rosedianamohammed.blogspot.com
#Throwback
Perkongsian ke 2 di #Berlin. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan.
Sehingga ke saat ini kalau jumpa kawan-kawan atau sedara mara most akan tanya bagaimana cuaca di sana dan macamana mencari makanan di sana?

Alhamdulillah living into his GREAT opportunity, D tak kisah sangat tak makan nasi. dan memang benar hampir 12 hari D tak sentuh nasi. toward hari nak balik makan sebab people masak untuk saya. best.. Germany kenalan masak untuk saya dijemput menjamu dan bermalam di rumah beliau. menikmati hidup penduduk tetap di sana.

D makan sandwich, buahan mungkin sebab semenjak di Malaysia sendiri D memang lebih kepada sandwiches. So memang variety sandwich D buat setiap hari. Dari tuna ke daging rendang segera ke telur siap dressing yea bukan kuno2 yea .

best juga bila rebusan kentang dimakan dengan mayonis dan pickle serta ketchup. 

lupa yogurt dan mato-mato beri. comelnya :)
bikin sendiri
rosedianamohammed.blogspot.com


Manggi makanan para #travelogue cinta masak dengan sihat yummy. mmg semua pengembara sementara walau yang mmg menetap di luar negara akan mengambil manggi sebagai makanan pilihan semasa berkelana. ada sayur, kentang, pickle mato-mato. so kita makan dengan sihat atau ada banyak kedai kebab lebanon bole beli makan tapi portion dia besar kalau D yang makan memang makan sebungkus untuk 2 kali makan.

yang penting kita cukup liquid di dalam badan makanan itu ukuran kedua.

maka minuman panas, air memang D jaga. hmm tapi saya tembam juga..ok #RMD #syukur dengan nikmat tembam ini

tapi paling ringkas ialah buahan dan coklat bar dengan secawan coffee atau milo panas.. ya Allah nikmat kan. so kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup. hugg 

Tumbler yang comel merah ini peneman setia di kala memerlukan tidak mengira waktu.. :)


Jumpa lagi
RMD@D

Saturday, March 22, 2014

Kerana CINTA terlarang sangat!!!

Assalamualaikum, 
Subhanallah, lama sungguh D tidak menulis. hmm kesibukan dan mungkin itu alasan.

#Throwback BERLIN untuk ITB 2014

Alhamdulillah
Nyawa, oksigen diberikan dari Allah yg tak boleh saya ucapkan berapa nilai syukur jika perlu diberikan nilai.

Suasana yang bila bangun ya ampun sunyi ini adalah nikmat Allah dikala yang lain masih nyenyak dibuai mimpi.

Untung saya kerana dipilih menjadi hambanya.

Bukan pakar, tapi saya ingin berkongsi salah satu pengalaman di Berlin.

1. Niat yang baik, jemaah pasti dapat impak yang baik walau di dalam kumpulan kerja saya, saya adalah satu-satunya muslim perempuan dan satu-satunya perempuan. Solat walau di site tiada surau, alternative kerana bilik air (toilet) terbahagi 2, wet and dry, saya solat di sana, yg penting mengikut aturan menutup aurat yakin untuk Allah. Mereka sangat faham bila saya ingin bersolat sehingga kadang kala mereka akan bertanya "u mau solat ke?". Toleransi.

Dihormati kerana kita menghormati, pasak senyum dan perancangan di tanam di dalam waktu alfa, minda bawah sedar dan minta pertolongan Allah serta menyerahkan segalanya kepadaNya membuatkan kerja lebih mudah, dapat apa yang dihajati, dirancang. Yang pasti waktu dingin ini memang saya alergi kerana memang tak tahan sejuk,namun itu bukan alasan. Kita adjust semua. Kan Allah ada. yakin denganNya. Maka tidak frooze sy;) alhamdulillah walau ada stess kerja namun pasti kita tenang.

Makanannya masyarakat Melayu khususnya selalu fikir jika travel mau makan susah. hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Menarik kan!

Nanti-nanti D share.
Love kamu-kamu yang baca status D.
Pic 627am Sybelstrasse, Berlin
#travelogue #life #syukur #rm #rmd #cinta #bless