Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

LOVE MAK :) - Al fatihah... makanan jiwa...




Assalamualaikum..

Hi Emak.

Apa khabar?
Ana harap Mak sihat :)

Ana bangga memiliki Mak yang comel, baik hati, pendiam, tak cerewet, yang sayang Ana, yang pandai memasak :).. Ana suka pabila Mak memegang tangan Ana kala berjalan kerana terasa aliran kasih sayang Mak kepada Ana.. Ana suka bila Mak usap kepala Ana.. kadang-kadang sengaja baring atas riba Mak biar Mak usap kepala Ana walau Ana dah 30 series :)

Mak yang sukakan kecantikan..heheheh suka tengok bilamana Mak lepas mandi..confirmed akan pakai bedak di muka dan badan.. mesti cantik-cantik.mesti wangi-wangi.:).. sebab tu Ana pun suka cantik-cantik skrg turun ke cucu Hidayah..hahahaha ingat lagi masa berbual dengan dia..dah besar nak jadi macam Ucu la.. nak jadi PRINCESS..:).. dalam kepala tanda soal jadi macam Ucu??? PRINCESS???

Sekarang lagi dah senang SPRAY PERFUME :)

Satu hari Mak akan tukar baju sampai 3 kali kalau berpeluh :) hahah itu sikap Mak.. tak suka baju basah.. tak pe.. yang basuh washing machine..

Emak terima kasih di atas restu dan doa-doa baik dari Mak.. Mak memang superb.. biar kerja tak berpangkat tapi berkat..."Allah akan berkati kita bila mana hati orang tua kita memberkati kita" Ana ingat quote ini dari salah seorang kenalan yang share di FB dr Al Quran.. dan Ana pegang dan Ana percaya. Memang betul pun..

Love you Hajah Marhamah Bt Hj. Noor..
Walau dalam gelap, terang, dingin pagi atau senjakala..namamu tersemat disanubariku di dalam setiap detik nafas berlagu.. Ana rindu pelukan dan ciuman mesra Mak.. 

Mengingati Mak dapat pahala, melihat wajahmu juga mendapat pahala..ya Allah mudah sungguh untuk aku mencari pahala. Melapangkan dadamu juga ku bakal menerima pahala.. ya Allah sungguh besar rahmatmu...

XOXO RM@D


Sunday, December 16, 2012

....BERIANI MOHAMMED..... SG KEMUDI....

Assalamualaikum...

Hi semua..

Seperti yang D janjikan :) sekarang masanya untuk D tunjukkan bukti2 ...

Penyiapan segala bahan-bahan sedang giat dilakukan.. seperti biasa.. jika kenduri kendara atau sebarang majlis.. hahahah terutama kat kg REWANG adalah bahasa Jawa yang kami panggil.. maknanye bekerja beramai-ramai bergotong royong.. yea mlm ni mlm bergotong royong.. 

Anak-anak Abg Ramlee memang dah biasa.. ini Ucu dia yang tak biasa.. Orang penting mestilah tukang masak, Boss Ramlee, Assistant Puan Radziah (isteri Abg Ramlee) & Abg Rauzan (abg D juga).. CREWS D, Atiqah, Amiera, Aiman & Ameer.. 4A's serangkai... tapi tang Ameer tu mcm boleh dikecualikan.. budak kecik.. :)

Kami menyediakan beriani ayam, daging dan kambing. Selain itu kami juga menyediakan nasi tomato ayam masak merah.. mabless ok...

Silalah menjamu mata anda semua.... 







Kami menggunakan bahan-bahan yang segar sahaja. So jika anda anda anda semua inginkan makluma lanjut boleh hubungi Abg Ramlee +6019 2364315 atau D sendiri di +6012 613 7464..


okay lagi jumpa di next entry.. :)



XOXO RM@D

Friday, December 14, 2012

... BERIANI JOHOR ...

Assalamualaikum..

Hi semua :)

D nak promote masakan keluarga.. resepi arwah abah.. hahahah ingat tak last year D ada cerita yang arwah abah pandai memasak dan kepakaran tu menurun kepada abg D, Abg Ramlee.. yea hari ni D nak promote yang kami adik beradik sedang jalankan bisnes bergerak.. wah mobile lagi.. hehehe

Kami menyediakan tempahan untuk kenduri kendara, majlis tahlil, jamuan keluarga, jamuan pejabat, jamuan hari raya, jamuan sekolah, tempahan kedai makanan dan catering secara kecil-kecilan. Setakat ini kami telah menyediakan tempahan 200-500 orang maksimum untuk kenduri (namapun kecil-kecilan).. so Alhamdulillah rezeki Allah dan kami berjaya. hehehe signature dish kami ialah NASI BERIANI JOHOR kan ini resepi keluarga, diturunkan dari arwah Abah.. jangan takut nasi tomato pun ada kalau nak bertukar selesa.. mables :)... hehehe bukan nak membezakan, tapi D hanya makan nasi beriani masakan keluarga D sahaja.. kerana D sangat-sangat memilih.. bukan membangga tapi itu adalah D.. atau mungkin D dah terbiasa masakan keluarga, ada rasa lain. 

So anda anda anda silalah contact untuk keterangan lanjut. In sya Allah kami akan memberikan servis yang terbaik kepada anda anda anda semua.  

Oleh itu sekiranya anda anda anda di luar sana ingin mendapatkan sebarang tempahan beriani dari anak jati johor bolehlah contact D +60126137464 atau direct kepada abang Ramlee +60192364315. so far kami memasak dan membekalkan area KL/Selangor. tapi again  jika di luar kawasan boleh dibawa berbincang.. kena tanya Boss..

Serius pelanggan yea.. bukan main-main. Sebagaimana D hormat kalian harapnya kalian juga :)..

Sehingga berjumpa lagi... nantikan entry terkini perkembangan perniagaan kami terutama esok.. kerana mlm ini kami akan memasak untuk tempahan kenduri 200 orang tetamu. Alhamdulillah... D akan sertakan bukti-bukti yea.. hehehe supaya anda lebih PERCAYA.. macam lagu Dato' Siti tu :)


XOXO RM@D