Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

OTAI KANTOI tajuk sahaja!!

Assalamualaikum.

Sebelum saya sertai IJI, ada yang mengatakan DAO menipu & macam2. Saya pekakkan telinga kerana saya beritahu diri saya, saya ingin menuntut ilmu. Saya katakan pada diri saya siapa dia apa dia tak penting. Yang penting dia telah membawa fenomena baru kepada usahawan bumiputera untuk bangkit bangun. Nilai positif di situ yang saya nampak. Pada saya walau pencuci tandas sekali pun seseorang itu namun sebaris nasihat yang diberikan dia tetap saya anggap guru. Inikan pula DAO. Isu hangat yang popular sekarang mengenai isu DAO kantoi http://www.jomgelakfm.my/2013/10/dr-azizan-osman-kantoi-menipuambil.html?showComment=1380682898920..

saya tak ambil peduli pada mulanya tapi bila buka FB adoi makin ramai yang kongsi, namun Alhamdulillah mereka yang positif lebih ramai dari yang negatif. dan yang negatif itu hanya di situ sahaja. tidak ke mana :)


Melihat akan gambar DAO mengalirkan air mata walau gambar ini tahun 2012 buat saya bertanya pada diri; inikah balasan kepada seorang guru yang mencurahkan ilmu kepada kamu? Mungkin saya tidak terasa keperitan fitnah raputasi ini tapi tempias ia terkena juga. Guru saya seorang yang dimuliakan. beliau berjaya membina empayar dan melahirkan bilangan usahawan Melayu dan bukan Melayu yang berjaya huru harakan perniagaan mereka. Fikirkan sejenak kebaikan moral dan rohaniah yang disampaikan beliau. Mengajar erti mengenal diri, Allah/ketuhanan dan yakin diri.

Setiap pengurusan ada cabang khidmat pelanggan, walau isu ini sudah selesai namun di luar sana mungkin ramai yang tidak tahu kesudahan isu ini. Namun saya percaya kuasa Allah tiada yang mustahil. Cik Rohaniah Noor mesti sekarang sudah memulakan perancangan untuk menghuru-harakan perniagaan beliau. Ada kebaikannya di sini, Allah menunjukkan betapa komitednya kumpulan Richworks terhadap janji yang dilafazkan seperti DAO katakan di dalam IJI seminar khas 2013 bahawa TANGGUNGJAWAB BELIAU BERAT untuk memastikan kami para peserta faham dan dapat apa yang kami harapkan.

Janji Allah itu pasti dan sangat istimewa.

Terima kasih DAO.

#RM@D




Tuesday, October 1, 2013

MACAM BAGUS SAHAJA!!!!

Assalamualaikum.

Apa khabar semua pembaca blog yang saya sayangi. Ya Deana ingin berkongsi pengalaman yang bisa membuat semua orang terkesima.

IJI atau Insentif Jutawan Industri dari Dr Azizan Osman (DAO) dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd.. Siapa yang tidak kenal akan beliau, Mentor Pemasaran, Pengiklanan dan Jualan. IJI Edisi Khas 2013 suatu pengalaman ilmu kehidupan seorang manusia di dalam mengejar cita-cita menjadi Jutawan Industri yang sangat berbeza. KAYA BERJAYA DUNIA AKHIRAT.


Di sini saya sebagai insan kerdil yang lemah bersyukur Allah gerakkan hati dan semangat saya untuk menyertai seminar beliau. Jika sebelum ini kekangan oleh sebab kerja, bekerja luar kawasan namun tindakan nekad meletakkan sebentar kerja harian yang sentiasa tiada kesudahannya untuk hadir ke seminar beliau.walau apabila telefon dihidupkan bertalu sms dan whatsapp masuk bertanya mengenai kerja. Itu tanggungjawab wajib perlu dilakukan. Alhamdulillah SAYA BOLEH.


Seminar bermula JUMAAT 27 September 2013 sehingga 29 September 2013 bagi pakej, Ganeral, VIP, Diamond manakala pakej Super Supreme bakal tamat pada 30 September. Rata-rata yang hadir dari pelbagai golongan dan kami tiada strata yang memisahkan. Kami sama sahaja seperti kami di mata Allah. Himpunan 4300 peserta yang berjiwa kental semua memiliki tujuan untuk memajukan diri di dalam KEPAKARAN masing-masing untuk menjadi JUTAWAN INDUSTRI.


Mungkin kali ini tulisan saya agak serius namun tidak dapat menandingi keseriusan SEMANGAT DAO untuk membantu anak bangsanya agar terus dan terus berjaya.


Setiap APA YANG DIFIKIRKAN, setiap KATA YANG diucapkan, setiap RASA yang dirasakan membawa kepada setiap TINDAKAN. Semua itu perlu positif. BARULAH kita BERJAYA., Suatu yang disampaikan oleh beliau dan diulang beberapa kali. IA ADALAH DOA :)


T

 Thinking (Pemikiran) yang terhasil menerusi ilmu, idea, pengalaman.

F

 Feeling akan menghasilkan PASSION dan KUASA

C

Communication

A

Action


Kesemua di atas bakal menghasilkan RESULT YANG BERJAYA


DAO menegaskan kepada setiap peserta agar menetapkan MATLAMAT untuk menjadi jutawan industri menerusi 3 elemen yang perlu difahami dengan jelas. 


Ini berlaku kerana rata-rata dari kita tidak jelas mengapa dan kenapa kita perlu menjalankan perniagaan dan menjadi kaya(nampak macam pelik namun lebih pelik jika kita tidak memiliki impian).

KENAPA INGIN BERBUSINESS DAN MENJADI KAYA?

Gaya hidup;

Gaya hidup menerusi pelbagai yang perlu kita lihat. Inginkan masa dengan keluarga? Rumah besar? Kereta mewah? atau mahu BERIBADAT dengan tenang, menuntut ilmu dengan mudah. Kita perlu jelas hala tuju yang ingin kita penuhi. Spesifik secara tepat. Agar kita mampu menuju ke arah yang kita inginkan. Redha Allah sangat penting. Kepada yang bukan muslim redha tuhan anda sangat penting :)






KeWANGan


Kita perlu perjelaskan amaun yang ingin kita capai di dalam jangka masa yang ditetapkan. adakah ia releven atau hanya setakat angan-angan kosong. Ya Allah untuk ini secara terus terang saya gugup untuk katakan kerana secara jujur makan gaji dan jumlah yang ingin digambarkan perlu RELEVEN, berapa kali ganda kamu mahu. Ayat terbaik DAO KERJA untuk DUIT :) Adakah berlaku kebocoran kewangan sekiranya kita sedang menjalankan perniagaan? Kita perlu awasi.


PASSION



Ia penting di dalam meneruskan keinginan untuk menjadi seorang jutawan industri yang berjaya. Kesungguhan, minat, melakukan apa yang diminati untuk menjana kewangan yang sempurna. Ia akan menunjukkan melangsungkan kehidupan. Melakukan apa yang sangat dicintai. Rela, redha sebagai arah kejayaan.



untuk ini D perlu tamatkan seketika perkongsian. D akan sambung bahagian yang seterusnya diperkongsian akan datang :) wahh ilmu DAO sangat banyak. Ini baru suku hari perkongsian, SABAR in sya Allah D akan kongsi seterusnya 7 elemen untuk mencapai matlamat setelah menjadi jutawan industri.. ini mengikut kefahaman D, D harap anda semua memahami apa yang D sampaikan. Semoga berguna, di dalam kelangsungan kehidupan kita. D sayang anda. DAO kalau salah mohon maaf. 

p/s: Sayangi Allah sedalamnya kerana Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat.
xoxo RM@D

Monday, September 9, 2013

Kaedah Mudah Memahami Makna Dalam Solat - Allahuakbar..

Assalamualaikum.

Hi Semua :)... Benda baik kena laju-laju upload :)

Untuk kebaikan bersama.. sebelum ini D just share makna bacaan dalam solat menerusi penulisan tapi kini dah ada video untuk memudahkan kita memahaminya. Kita boleh share dengan anak-anak, para saudara baru & saudara yang sudah lama ini ;)

So mari kita memanfaatkan video ini untuk kebaikan bersama.. Terima kasih kepada I production :) Semoga Allah berkati kita semua. aameen.







Jumpa lagi ..
XOXO RM@D

Monday, June 10, 2013

....Kenapa kita down...

Bila kita down..ingat Allah..mengadu padanya..kita sunyi..tidak sebenarnya..kita ada malaikat kanan dan kiri serta Allah yang menemani kita.

Kita sedih, ingat Allah. Ada lagi orang yang lebih sedih dari kita.

Ucaplah Astarfirullah..

Kita kecewa, ingat Allah kerana mesti plan terbaik dariNya untuk kita di hari mendatang. So ambil positif.

Kita benci..ingat Allah..mengapa kita benci sedangkan itu nafas syaitan menghasut kita.istifar.. pasti lari lintang pukang dia. Jangan membenci itu sikap tidak baik..peringatan kepada diri D juga.

Melihat sikap seseorang itu lihatlah waktu marahnya..lihatlah tuturnya dan tingkahlakunya...

Ya Allah aku mohon kepadaMu
Kau tutuplah keaiban keluargaku, mereka yang aku sayang. Perlancarkanlah perjalanan kehidupan kami..pekerjaan kami..ibadat kami...persekolahan kami...perjuangan kami..kerana Kau maha mengetahui.

Peringatan untuk diri..
XOXO RM@D

Thursday, May 16, 2013

.....SAYANGI DIRI KITA.....

Assalamulaikum.. 170513

Hi semua..Salam Jumaat..Jumaat penghulu hari..Jumaat yang indah..

Hujan???..tak hujan??? itu rezeki Allah..mencurah rezeki yang luas dari yang Esa. Kelana kita sang kerdil di atas bumi pinjaman.

Rezeki ini milik Allah...hakNya... in sya Allah ada untuk kita mungkin rezeki sihat..rezeki kasih sayang..rezeki makanan..rezeki wang..rezeki persahabatan..rezeki perniagaan...rezeki sebagai anak, abang, kakak, adik, ibu, ayah, majikan, pekerja, pelajar yang pasti rezeki makhluk ciptaanNya.

Jangan berputus asa..kita tidak pernah keseorangan...kanan dan kiri dijaga rapi..arahan dari yang Esa..Dia di sana menanti permintaan baik dari kita..mintalah yang baik-baik walau diri pernah dianiaya..doalah yang baik-baik makbul cepat atau lambat itu urusanNya.

Selamat Berjuang muslimin muslimat..perjuangan itu hanya anda dan yang Esa mengetahuinya..simpan kemas niat baik itu..DOA USAHA ISTIQAMAH TAWAKAL & TERIMA KASIH ALLAH..itulah DUIT...

Jumpa lagi.

ps..pada yang ingin mengetahui lanjut mengenai TRANSFER SAVINGS WDB, sila hubungi +60126137464 untuk maklumat temujanji eksklusif.

XOXO RM@D via mobile...

Thursday, December 13, 2012

Kerana Aku begitu Berharga


Surat cinta buat kekasih

Ya Allah, aku sangat merinduinya
Rasa damai yang memberi rasa bahagia
Ya Allah, aku sangat merinduinya
Rasa bangga yang memberikanku rasa agungMu
Ya Allah aku sangat merinduinya
Pusat segala doa yang memberikanku rasa dekat denganMu
Ya Allah aku sangat merinduinya
Rasa kerdil yang memberiku nikmat hidayahMu
Ya Allah aku sangat merinduinya
Rasa ingin dekat memberiku nikmat tawakal
Ya Allah aku merinduinya
Rasa syukur dengan kehidupan sebagai muslim
Ya Allah aku merinduinya
Rasa dapat berbicara denganMu
Ya Allah aku merinduinya
Rasa rindu untuk menjejak kaki kembali ke rumah suciMu.
Ya Allah aku merinduinya 
Rasa rindu kepadaMu

XOXO RM@D

Sunday, December 9, 2012

ITS YOU!!!!!!



....... CABARAN..BUKU...ILMIAH.... MOTIVASI......



"Tiada apapun yang mudah dalam hidup tetapi jika kita mempunyai disiplin tinggi dan bekerja keras untuk mencapainya anda pasti berjaya. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat, galakan dan sokongan tetapi kitalah yang menjelmakan mimpi menjadi realiti..... credited Khairul Eruwan...081212 in facebook..."- its really true......




Kita manusia memang selalu lupa.. Alhamdulillah banyak sangat buku-buku motivasi di pasaran... pick pay n read or else reading online.. zaman semua di hujung jari :).. mungkin diselangi dengan peningkatan umur dan keadaan sekeliling membuatkan D suka membaca buku-buku motivasi dan buku-buku agama.

Siapa yang menggalakkan D dalam membaca menambah ilmu

1. Agama;


sebenarnye lebih kepada kesedaran. dari situ kita lihat macamana agama menggalakkan D membaca :)

D di lahirkan di dalam keluarga ISLAM. Namun seperti lagu nyanyian Raihan IMAN tak dapat diwarisi.. Kerana D tak mahu D hanya Islam di IC tapi D bukan Islam seluruh JIWA dan RAGA.. moga Allah lindungi D, keluarga dan umat Islam sekalian. aamiin.

D mencari ilmu bukan hanya dari membaca buku-buku malahan D suka sangat menonton Tanyalah Ustaz hampir setiap pagi sebelum ke pejabat atau tgk ulangan mlm hari, Semanis Kurma, you tube, dgr ceramah online.. Ustaz Kazim, Ustaz Don, Ustaz Azhar dan lain-lain ceramah yang di upload di internet. tak kira la dari mana. kerana D tahu D tak sempat nak pergi dgr ceramah secara live.. Alhamdulillah sikit sebanyak membantu D.. 


2. Emak sebab Emak memang sangat suka membaca.. 


Ya Allah, satu hari dia boleh membaca banyak sangat buku.. boleh bertukar-tukar buku untuk Mak membaca. 

Ya Allah kesabaran Emak dalam membaca buku memang terserlah. Bayangkan D belikan 6 buah buku agama, masih sedar dalam ingatan.. masa tu jatuh tarikh hari ibu... D tak ingat pun tarikh tu.. tapi EMAK.. tulis atas buku yang D hadiah "Marhamah Binti Haji Noor, Hadiah Hari Ibu".... dalam tulisan JAWI ok!!!!!. 

Emak memberi inspirasi and you all out there tahu tak dengan membaca kita dapat mengelakkan diri kita dari jadi lupa, nyanyuk untuk orang tua-tua kerana .....dengan membaca otak kita akan sama-sama menjalankan aktiviti... :) it is prove to my MUM,,,, at the age 73 this year 2012.. dia tak nyanyuk.. membaca lancar dan sentiasa ada bahan untuk dikongsi dengan anak-anak dan relatives.. :)

Yang pasti Emak pernah cakap cita-cita emak dahulu ialah menjadi penulis.... :) so penulis kena banyak membaca buku... tapi D sangat hormat Emak, setiap bukuyang dibacanya pasti ada nota kaki.. hah ingat nota kaki kat buku pelajaran sekolah o uni ke.. Emak buat for her future reference tau :).

So sweet Mak.. love u Mak..


3. MORAL SUPPORT..


Defenitely he played his role model to me.. dalam kesibukan dia selalu menekankan bahawa ilmu itu penting... sangat-sangat penting. Baca semua buku yang boleh menambahkan pengetahuan. tak kira di mana berada cuba cari peluang menambah ilmu.. tak kira ilmu akhirat atau dunia. Bukan hendak mencabar mana-mana pihak bila dah banyak memabca buku tapi bila bercakap tanpa ilmu umpama pak pandir serius itu... biar diam tapi ada ilmu dari banyak cakap tapi kosong.. tin kosong sahaja... ia itu yang kita akan rasa bila x suka membaca..Allah sahaja tahu bila BLUR pasal any issues...

These is 3 EXTRA ORDINARY factors for me.. which always remind me to READ book, cari ilmu...


Wah this entry so serious.. it is not purpose D doing like this but.. it is all about motivation to myself. that is why D shared what Eruwan my Uni freind was sharing in his FB.. it really superb TRUE guys :)..

till then see u in the next entry which i purposely hang it just to let you guys TERTANYA-tanya... Galvanic Spa... :)... check it out guys


XOXO RM @ D