AYAT KURSI... Jom amalkan..:)
Assalamualaikum,
Hari ini D nak kongsi amalan baik yang memang sangat-sangat D amalkan.. Semoga kita mendapat manfaat..:)
- ANTARA 7 KEKUATAN MEMBACA AYAT KURSI -
Thanks kat pak cik Google :)
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya ( Sebelum Tidur ) ALLAH SWT Mewakilkan dua orang Malaikat
Memeliharanya sehingga Subuh. - yang ini memang baca, selepas 3 Qul dan alfatihah.. mengucap syahadah,dinding diri kita.. kerana kita mati sebentar ketika tidur, mana tau Allah cabut terus nyawa kita?
2) Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi diakhir setiap Solat Fardhu….dia akan berada dlm Lindungan
ALLAH SWT hingga waktu Solat yang lain.
3) Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi diakhir setiap Solat…… kecuali MAUT dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur….ALLAH SWT Memelihara akan dia ke atas
Rumahnya….Rumah Jirannya dan ahli Rumah- Rumah diSekitarnya.
4)
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap Solat Fardhu….ALLAH
SWT Menganugerahkan dia setiap Hati orang yang Bersyukur….setiap
Perbuatan orang yang Benar…Pahala Nabi-nabi serta ALLAH Melimpahkan padanya
Rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya….maka ALLAH SWT mengutuskan 70,000 Para Malaikat kepadanya -
mereka semua Memohon Keampunan dan Mendoakan Kesejahteraan bagi yang
Membaca nya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir
Solat nya ….. ALLAH SWT akan Mengendalikan Pengambilan ROH nya dan dia
adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi ALLAH sehingga Mati
Syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam Kesempitan nescaya ALLAH SWT berkenan memberi Pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda….Sampai kanlah pesanku biarpun satu ayat..."
So rakan sekalian, terlalu banyak jalan menuju keredhaan dan kesenangan dan ketenangan.. Allah sentiasa bersama kita.. kita TIDAK KESEORANGAN..:D
Jumpa lagi, xoxo RM@D muchimuchi..
opss pada sesiapa yang ingin memiliki Exfuze Seven Plus dan Silver boleh contact D..+6012 613 7464..
No comments:
Post a Comment