Saya bangga menjadi anak kalian berdua. Syukur kerana kalian adalah Emak dan Abah terbaik di dalam dunia yang Allah kurniakan kepada saya. Kalian bekalkan saya dengan ilmu bermanfaat dunia akhirat.
Saya harap agar Allah lebih eratkan hubungan kekeluargaan kita. Saya harap rahmat hidayah Allah terus untuk kita sekeluarga. Bahagialah Abah di sana.. Bahagialah Emak selagi hayat yang ada.
Semakin meningkat usia semakin saya kenal sayangnya Emak kepada diri saya kasihnya Abah kepada saya... Tiada istilah pilih kasih kerana kasih Emak untuk semua anak-anak. Kasih Abah membangun dan memartabatkan keluarga. Kasih saya tak tahu seutuh kasih mereka atau sebaliknya. Namun saya berdoa kurang banyak saya dapat gembirakan Emak setelah Abah mengadap Illahi. kerana saya adalah MUKA kalian...
Alfatihah untuk Arwah Abah, untuk Emak juga semoga semakin sihat..untuk diriku, untuk adik-beradikku, untuk sanak saudaraku dan umat islam semua.
LOVE BOTH OF YOU EMAK & ABAH
xoxo RM@D
No comments:
Post a Comment