Hi semua :)
Bukan makanan yang D nak kongsikan, tetapi kasih sayang dari makanan yang D ingin kongsikan.
Jika isteri nak memikat suami melalui masakan, tapi D terus terang D katakan, nak memikat EMAK & ABAH melalui kasih sayang... senang sahaja.. Dapat pahala pun senang..
Melihat, bercakap, bagi mereka senyum buat yang baik-baik in sya Allah dapat pahala semua.. Wah.. bukan D nak menunjuk yang D anak terbaik tapi D rasa jika D tak dapat lakukan lebih sikit pun jadilah.
Sebenarnya cup cake di atas D beli untuk Emak sebelum D outstation ke LIMA.. snap dah lama.
Semasa berikan kepada Emak,
D: Hi Mak, ni untuk Mak :) dengan senyuman besar. sebab suka dapat jumpa Emak.
Emak: hmm manis kan.. simpan la.. Mak tak makan.
D: :(
Esoknya, cucu-cucu Emak balik.
Emak: Ana, pegi ambil kuih yang awak beli semalam..
D: Cup cake ek?
Sambil ambil letak kat depan Emak
Emak: Potong la kita makan sama-sama.
Moral dari cerita di atas, kalau sudah namanya EMAK, sikit atau banyak pasti ingin dikongsi bersama.
Besarnya kasih EMAK...Bukan untuk anak namun turut untuk cucu-cucunya.
Di dalam hati D, patutla semalam tghari tak mau makan.. rupanya nak makan bersama yang lain-lain.
... Kasih sayang yang dikongsi bersama, sikit namun berkat, kenyang semua merasa... itu yang selalu Emak kata...
LOVE U Emak :)
XOXO RM@D
No comments:
Post a Comment