Wednesday, April 20, 2016

Kita Pushhh sama-sama DETOX GALLBLADDER ..

Assalamualaikum kesayangan semua :)

Apa khabar? Fuhh ini janji D untuk semua. Jom D ceritakan mengenai detox gallbladder :) Masihkah kau ingat janji D :)

Sebenarnya kalau google memang boleh dapat tapi kebanyakkannya di dalam bahasa inggeris :). Maka D mengambil inisiatif untuk terangkan di dalam bahasa melayu :) Jom sihat jom tambah pahala. 


Sebenarnya detox ini boleh dilakukan di dalam masa 24 jam namun perlu melakukan pemakanan sihat sekurangnya 4 hari :) mudah kan. orang kata EAT CLEAN!!! tiada fat bagai tiada lemak seperti makanan berlemak, bergoreng yang TINGGI KOLESTEROL. Kawal pemakanan, bukan tak makan langsung :).. Oh ini bertujuan untuk mengawal tekanan toksik di dalam organ badan dan untuk memastikan bahawa badan kita di dalam keadaan alkali. Kenapa ia sangat perlu??? semestinya ia bertujuan untuk membantu liver dari bekerja terlalu kuat.. kasihan dia.. Ialah bertahun bekerja keras. Kalau tak pernah buat detox dan baru nak buat seperti D dikala umur 35 tahun ini. Tidakkah ia membebankan? Namun kita sebagai muslim bernasib baik kerana kita ada 30 hari berpuasa :0 help juga kan :) (sumber http://healthybliss.net/gallstone-liver-flush-recipe-cleanse-info/)

JOM kita teruskan hiap hiap jangan lupa bersenam juga ya :)


Ini kaedah yang telah D lakukan :)
4 hari pertama 

4 biji epal merah semestinya saya memilih epal merah besar organic :) makan dengan kulit dia sekali. Minum bersama1liter coldpress apple juice.. Ini kena faham betul-betul beli cold press apple ya bukan juice yang ada perasa tambahan.. Pilihan D ialah jenama Lakewood Organic 1ltr RM21.90 tetapi D beli di AApharmacy di Uptown, Damansara dapat murah RM1 ya.. walau RM1 masih dapat simpan ya :) Syukur alhamdulillah.

Sebiji Epal arikan doktor dari diri saya :P
Cari yang terbaik untuk diri :)

Kenapa D pilih Lakewood? Ini kerana ia organic bukan concentrated. cold pressed :) yang pasti di dalam 1ltr ini mengandungi 8 biji epal sejati.. JIMATkan!!!! Khasiat juga dapat:).

OPss belum lagi jangan lupa minum air masak ya another 1.5 liter :) dan makan makanan rendah lemak. mengikut diri D. Sememangnya D tidak akan lapar. Sarapan pagi sudah memadai. Epal-epal ini sebagai kudapan minum pagi kalau yang wajib minum 10am, minum petang 3pm :) minum pula D akan pastikan 1liter di minum 125ml selama satu hari di campur dengan meminum air masak. Oh bukan jus itu di campur ya... :) 

Kaedahnya begini

1.Sarapan pagi
2. makan epal dan minum jus, bila haus minum air masak
3. makan tengahari menu sihat minum air 30 minit selepas makan - berdiri bagi makanan digest (ini buat untuk sihat)
4. makan epal dan minum jus, bila haus minum air masak
5. makan malam menu sihat minum air 30 minit selepas makan - berdiri bagi makanan digest (ini buat untuk sihat) - cuba lakukan sebelum 7pm maximum 8pm
6. Sila minum sekerap mungkin dan habiskan jus epal kalau boleh. Bagi kembong perut :)

Ia diulang selama 4 hari.Keperluan epal ialah 4 biji sehari.

Ok anda sudah bersedia :) JOMMMMMMMMMMMM kita mulakan...

Jika anda memilih untuk melakukannya pada hujung minggu Jumaat adalah pilihan yang tepat.  Ini kerana anda akan mengalami CIRIT BIRIT.. hehehe bukan cirit birit yang itu tetapi detox akan berlaku.

Pada hari Jumaat - selepas sarapan, minum epal jus dan air. Anda kesayangn semua boleh mengambil makanan tengahari yang berat dan selepas 2pm anda MESTI berpuasa. tiada makan malam dan tiada kudapan. Hanya jus dan air masak atau mineral dibenarkan. tiada juga epal comel untuk kudapan. Oh makanan yang diambil juga bukan yang bergoreng dan berlemak ya. EAT CLEAN!!!


Langkah untuk melakukan detox gallbladder atau detox hempedu :) JUMAAT siang.

1. Sediakan 125ml jus epal/perahan lemon dicampur satu sudu teh epsom salt (garam epsom). Larutkan garam.

buat 4 botol ini kerana perlu  minum 4 kali. selesai buat masukkan di dalam fridge/peti sejuk bahagian chiller buka sejuk beku :)..
 Apa nak guna botol apa? Kesayangan semua, anda mampu milik boleh gunakan botol air mieral atau botol jus kecil2 di pasaran ada banyak. atau buat satu botol mineral 500ml bole pecahkan kepada 4 bahagian :) mudah seperti a, b, c :). Rasa dia payau... heheheh mestilah pahit tapi untuk elakkan rasa tak berapa sedap ini kita larutkan dengan air jus epal ini atau perahan lemon :)

Waktu untuk minum

1. 6ptg
2. 8malam
3. 10 malam.
4. 6pagi

2. Sediakan 125ml olive oil dicampur dengan jus epal/perahan lemon 125ml. Telah siap masukkan ke dalam fridge. Biarkan. Jumlah liquid 500ml.

waktu untuk minum olive oil ialah tepat jam 11malam. TAPI awas. pada waktu ini. ANDA MESTI telah pergi ke bilik air buang apa yang patut. Ini kerana tepat am 11 malam anda perlu minum dan terus berbaring dengan gaya bayi tidur kesejukan. MESTI terus tidur. Tiada alasan nak bangun atau apa. Siap sedia letak air minuman berdekatan dengan katil untuk minum.


 Kenapa kita perlu terus berbaring dan tidur. Ini kerana minyak zaiton akan bertindak sebagai agent pembersih. Ia akan melalui saluran usus dari esofagus, usus besar dan usus kecil dan terus ke hempedu kita. Pekerjaan ini memerlukan masa, maka masa tidur adalah masa terbaik dan kita perlu berbaring santai. Bila dah tidur hehehehe tak kisahlah nak jadi ninja ke atau nak pusing 360darjah :)






Bangun dari tidur jam 6 pagi iaitu waktu subuh, kalau bangun awal hanya dibenarkan minum air masak sahaja ya. tepat 6 pagi minum larutan epsom salt dan jus. puasa sehingga jam 10 pagi. mulakan dengan meminum jus dahulu dan baru boleh makan sarapan pagi yang tidak berat. In sya allah selepas itu CIRIT BIRIT gembira akan berlaku. Jangan bimbang. kita akan kerap ke bilik air dan membuang air besar bukan dhirea. Batu-batu kristal akan keluar diikuti biji-biji hijau seperti biji kacang. Bilangan 2000 batu-batu kecil ini akan dilihat terapung. Batu-batu ini tidak keras. Anda boleh pegang dan teliti. Ia akan timbul di dalam mangkuk tandas anda..Ini bagi yang menggunakan tandas duduk.

contoh batu yang bakal dilihat timbul atau terapung di mangkuk tandas


Kadar kekerapan untuk ke tandas adalah bergantung kepada setiap individu. Untuk diri D, ia berlaku sehingga jam 2 petang. pada waktu ini. jangan keluar rumah. duduk sahaja berehat di rumah kerana apabila kita ingin ke bilik termenung memang tiada masa untuk bertangguh ia tidak boleh ditahan :)

Selamat mencuba semua.. Kita sihat Kita  ceria.. Detox boleh dilakukan sebulan sekali kalau rajin atau 6 bulan sekali. Untuk peringkat awal lakukan selama 2 minggu dan anda boleh ulangi setiap 3 bulan. Selamat sihat kesayangan semua :)

Love and hug 
#RMD 





No comments:

Post a Comment